HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Sunday, March 13, 2011

Orang Selalu Tanya

Orang selalu tanya ;

'Eh, kenapa kau suka pakai baju besar dari saiz badan kau ek ?? Aku tengok kau tak adalah besar mana pun'

Nak tahu kenapa ?? Sebab aku tak suka pakai baju ikut saiz badan. Aku lagi selesa pakai baju yang besar sikit dari saiz badan aku. Aku rasa badan aku ni macam terikat dengan sesuatu je bila pakai baju ikut saiz badan. Lagi pun dalam Islam tak menggalakkan kita pakai baju ikut saiz badan kita. Atau nama lainnya, baju yang nampak ketat. So, baik aku pakai baju yang besar sikit. Sesuai dengan aku. Aku ni pun tak comel mana kalau nak pakai baju ikut saiz badan. Orang tengok pun menyampah. Aku rasa, style aku sekarang ni pun da okay. Aku puas hati, orang pun puas hati tengok aku. :)

'Kenapa kau tak makan sayur ek ??'

Soalan ni memang selalu orang tanya aku. Aku pun tak boleh nak jawab. Nak salahkan mama dan abah, tak boleh sebab mereka memang suruh aku makan sayur sejak aku kecil. Tapi aku tak tahu kenapa dari kecil sampai sekarang, aku tak suka makan sayur. Ramai jugak yang cakap, ape lah kau tak makan sayur. Patut lah tak sihat and what so ever lah. Kadang kadang terasa jugak. Tapi nak buat macam mana. Aku da try untuk makan sayur. Tapi still jugak tak boleh. Nak tengok aku muntah ?? Suruh lah aku makan sayur. Mesti korang pun pelikkan bila dapat tahu aku tak makan sayur ?? Ada apa apa tips nak share kat aku supaya aku makan sayur ??

'Eh, kenapa kau ni garang sangat ek ??'

Soalan ni sering diaju oleh orang yang tak mengenali aku sepenuhnya. Seriously, aku ni tak lah garang mana. Mungkin bila siapa tak kenal aku, tengok muka aku yang memang tak suka senyum ni, mereka akan fikir yang aku ni garang, seorang yang pemarah dan macam macam lah. HAHA. Macam macam andaian. Tak kenal maka tak cinta. Cuba kenal aku dulu. Aku ni baik sangat, tak garang, agak kasar sikit. Hehe. Muka aku memang macam ni. Muka tak suka senyum @ muka ketat! Aku rasa muka aku jadi macam ni sebab aku da dilatih untuk buat muka garang masa aku jadi pengawas sekolah dulu kot. Tap yang korang perlu tahu, aku ni seorang yang baik dan tidak terlalu garang. Kenal saya dulu, baru anda tahu. :)

Orang selalu tanya pelik pelik pasal aku. Well, aku ni istimewa sangat ke ??


Bloglist atul ---->SINI

9 comments:

  1. saja diorang nak ambik tau pasal atul kot

    ReplyDelete
  2. kenapa atul xmakan sayur? opss! tanye lgi. adehh! ;P

    kdg2 yg pelik tu yg istimewa kn, yg pntg jdi diri sendiri mengikut keselesaan bersama. chewahh! (^^)v

    ReplyDelete
  3. eh..dah tukar sidebar ke kanan..hehe baru perasan ~

    ReplyDelete
  4. heh pelik2..kadang2 kite ditego sebab kite nampak pelik kot bila kite tak buat ape yg biasa org buat..kadang2 mende tu bagus kdang2 tak bagus..so pandai2 lah pk..;)


    psstt : Anda masih ada ayah? Hargailah dia sebelum ...

    ReplyDelete
  5. dtg sini menfollow dan klik ur HB :)
    http://sasaasya.blogspot.com
    klik ye my HB

    ReplyDelete

Thanks for all the comment. I really appreciate it. Do come again to my blog and leave your comment as much as you can. Please, do not spam. Thank you. :D

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: