HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Wednesday, March 2, 2011

Festival Kolej 2011 :)


Credit To ; Budak Wamhi

Assalamualaikum semua.
Korang apa khabar ??
Harap semuanya sihat.
Atul ?? Alhamdulillah sihat.

Da lama rasanya tak update blog.
Minggu lepas memang busy sangat.
Bukan tak nak update, tapi masa padat dengan aktiviti di FESKO.
Nak cerita sikit lah tentang FESKO minggu lepas.

FESKO bermula pada 21 Februari 2011 hingga 26 Februari 2011.
FESKO ni adalah program gabungan semua kolej termasuk Non Resident.
Kiranya semua aktiviti yang dijalankan melibatkan semua persatuan di UiTM ni dan kesemua kolej.

FESKO ni bukan sahaja ada aktiviti. Ada juga gerai jualan yang beroperasi di Medan Ilmu.
Gerai jualan ni melibatkan orang luar dan juga student.
Kiranya yang berniaga sepanjang FESKO ni adalah orang luar dan student UiTM Machang sendiri.

Untuk FESKO kali ke 7 ni, atul sebagai Sekiteriat DO telah diberi tanggungjawab sebagai ahli Biro Program dan Aktiviti.
Tak ada busy sangat cuma lepas FESKO ni je lah busy sikit sebab kena buat report.
Roomate atul, Hana, ahli Biro Persegaran.
FESKO kali ni memang penat.
Yelah, first time handle program yang besar besar ni.

Tapi kan, walaupun penat, tapi kepenatan tuu berbaloi sangat.
Atul dapat pengalaman yang tak semua orang boleh dapat.
Kira atul beruntung sangat.
Alhamdulillah, semester depan da confirm dapat kolej.
Alhamdulillah sangat. Penat itu berbaloi.

Yang paling best, dapat kenal ramai kawan baru.
Kawan kawan dari kolej TAR, TR, THO, TDM, DO dan juga Non Resident.
Sebelum ni tak kenal pun mana 1 JPK dengan Sekiteriat kolej lain.
Sekarang ni da tahu da.

Best sangat dapat join FESKO kali ni.
Atul takkan pernah lupa saat saat ketika di FESKO.
Yang paling atul takkan lupa bila balik lambat, kena jalan kaki dari Medan Ilmu ke kolej.
Bayangkan, post motem habis pukul 2 pagi.
Then kena jalan kaki.
Ada jugak JPK yang ada kereta tuu tolong hantar.
Tapi yang banyaknya kena jalan kaki lah.
Pengalaman yang memang atul takkan lupa sampai bila bila.

Thanks pada semua JPK dan Sekiteriat semua kolej.
Best sangat dapat bekerjasama dengan anda semua.
Anda semua memang terbaik!!
Harap hubungan yang terjalin bukan hanya di FESKO, tapi biar lah ianya sampai bila bila.
KOLABORASI PEMACU TRANSFORMASI :)


p/s ; Rindu sangat kat FESKO :)

2 comments:

  1. HEHHE.. :)
    SAlam pkenalan..
    dtg dr blog ben.. jom follow sy jgak sbgai smangat sy untuk bblog... rizaros.blogspot.com.

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: