HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, January 20, 2011

Apa Di Dalam Backpack Anda ?


Assalamualaikum semua. Sihat ??
Jaga diri ye. Jaga kesihatan baik baik.
Atul alhamdulillah sihat.
Happy sangat sebab dapat online lagi. :)

Kali ni atul nak join segmen dari The Garang.
Segmen kali ni tajuknya Apa Di Dalam Backpack Anda ?
Di mana segmen kali ni atul kena tangkap 1 keping gambar yang mengandungi barang barang yang atul bawak ke mana sahaja.
Kat bawah ni korang boleh tengok antara barang yang atul bawak ke mana sahaja, iaitu laptop DELL, beg dompet, dan 2 handphone dan Celcom broadband.
5 barang ni sangat penting. Tak boleh hidup tanpa barang barang ni.


1. Laptop DELL - Laptop ni dibeli oleh kakak atul pada bulan 6 2009. Sebelum atul masuk UiTM. Dulu tak ambil tahu pun pasal laptop ni. Kakak beli, ambil je lah. Sekarang ni da tahu kepentingan laptop ni. So, ke mana sahaja atul pergi, atul akan bawa. Tapi tak adalah sampai nak pergi tandas pun bawa laptop ni. Hehe. Atul sayang sangat kat laptop ni dan tak boleh hidup tanpa laptop ni.

2. Beg dompet - Sorry ye, beg duit yang tak berapa cantik tuu. Isinya pun tak ada. Hehe. Adalah untuk belanja harian. Ni pun kalau pergi mana mana, atul akan bawa. Duit kan penting, so, mesti lah bawa ke mana sahaja. Nak beli itu, nak beli ini, senang lah sikit. Betul tak ??

3. 2 handphone - Atul ada 2 handphone, Sony Ericsson dan Nokia. Phone Nokia tuu phone yang da lama sangat. Phone tuu pakai nombor Celcom, yang digunakan untuk mesej dengan kawan kawan di UiTM ni. Sebab kebanyakkannya pakai Celcom. Phone Sony Ericsson, nombor Maxis. Untuk call family yang berada jauh di mata. Kiranya kalau atul ada kat Ampang, phone ni penting lah nak contact kawan kawan kat Kelantan. Bila kat Kelantan, dengan adanya phone ni, senang nak call mama dan abah. Kalau nak call pakwe, ehem ehem, cuba teka nombor mana atul guna ?? HAHA. Gurau je. *Phone Sony Ericsson tiada dalam gambar sebab digunakan untuk tangkap gambar kat atas ni. Yang dalam gambar tuu, phone roomate. :)

4. Celcom broadband - Ni yang paling penting. Tak ada broadband ni, tak senang hidup gua cakap. HAHA. Betul. 1 hari tak online, memang tak sah. So, broadband ni penting nak contact dengan rakan rakan blogger, cari info info terkini. Sebab tuu, pergi mana mana, laptop dan broadband seperti lagu dan irama, tak boleh dipisahkan. Ianya sangat penting.

Okay, itu je lah antara barang barangnya.
Terima kasih :)

14 comments:

  1. akak ! miera nak join jugak segmen yang nih boleh tak? akak tak marah kann? -misxmiera-

    ReplyDelete
  2. @MiSx MieRa Mesti lah boleh syg. Cepat sbb tarikh tutup mlm ni. :)

    ReplyDelete
  3. @Rabiatul Adawiyah Abd Rahim oh yeke. sempat ke eh miera nak join..

    http://mieraluve.blogspot.com/2011/01/apa-di-dalam-backpack-anda.html

    ReplyDelete
  4. takda hp..abis la kan atul?takda broadband..sis rindu lah nak jmp atul..hehe

    ReplyDelete
  5. jgn la garang-garang cikgu. anak murid dah siap dah homework nya.. tarik telinga !!

    ReplyDelete
  6. cik atul. makasih ye sbb join. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: