HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Wednesday, January 12, 2011

Masalah Air Lagi ~

Assalamualaikum semua.
Selamat petang. Apa khabar ??
Harap semuanya sihat.

Atul baru dapat online ni.
Tadi habis kelas pukul 4 petang.
Balik je, da kecoh pasal tak ada air kat kolej Dato Onn.
So, atul pun, apa lagi.
Cepat cepat basuh baju, simpan air dalam baldi dan botol.

Yang geramnya tak sempat nak mandi.
Tension betul lah. Kalau tak ada air pun, tunggu lah sampai atul da habis mandi.
So, tak dapat lah mandi da.
Air yang disimpan hanya untuk hal hal penting je.
Faham faham je lah ye.
Air yang disimpan tuu takkan cukup untuk mandi.

Masalah tak ada air ni, sejak atul semester 1 lagi da berlaku.
Rasanya sebelum atul datang UiTM ni pun, masalah ni memang da berlaku kot.
Mula mula dulu, memang tak biasa.
Tapi da 4 semester kat sini, da jadi kebiasaan da.

Student yang rumahnya dekat kawasan Kelantan ni memang senang lah nak balik.
Aku ni ?? Nak balik Selangor ke ??
Mustahil lah.
So, terima je lah seadanya.
Sesungguhnya segala yang berlaku ada hikmah dariNya.
Banyakkan bersabar.

Harap masalah ketiadaan air ni tak lama lah.
Da tak sanggup da nak hadapinya.
Korang doakan lah ye supaya masalah ketiadaan air ni cepat selesai.
Kesian atul tak dapat mandi. Huhu.

Atul tak pasti kolej Dato Onn je ke ataupun 1 UiTM Machang ni tak ada air.
Tak pasti lagi. Kalau kolej atul je yang tak ada air, boleh lah atul pergi mandi kat kolej Tun Hussein Onn.
Okay atul. Sabar ye.
Harap semuanya dapat selesai dengan kadar yang segera. AMIN.

2 comments:

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: