HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Sunday, January 16, 2011

BEN ASHAARI : CINTA MONYETKU..


Assalamualikum semua.
Update lagi. Kali ni nak join segmen dari abg ben ashaari pulak.
Kalau nak join, klik je gambar kat atas ni ye. :)

Segmen kali ni nak mengimbau kembali cerita cinta monyet ketika waktu sekolah dulu.
Menarik ni. Jom tengok cerita cinta monyet pasal atul ni. :)

Atul ni masa kat sekolah dulu, mana ada lelaki suka kat atul. Atul ni dulu dan sekarang memang tak comel. Tak ada siapa pun minat kat atul. Betul, tak tipu. Tapi tak kisah pun.

Cerita pertama masa sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Ampang. Masa tuu atul darjah 6. Waktu tuu atul tengah tunggu kawan atul. Then ada sorang mamat ni boleh pulak main bola kat tangga, then bola tuu terkena kat atul. Atul tak marah pun. Tapi bila tengok mamat tuu, terus jatuh hati. Atul pun apa lagi, cerita lah kat kawan atul. Then kecoh pasal atul suka kat mamat tuu. Mamat tuu pun tak layan. Kalau jumpa atul, memang tak pandang lah kan. Orang da ada makwe lah katakan. Masa tuu kan lurus bendul lagi. Tak apa lah dia ada makwe pun, nak minat jugak. Sampai lah masuk sekolah menengah, dia memang tak pernah tegur atul dan benci kot kat atul. Walaupun kitaorang ni pengawas, kerja sama sama pun, tak pernah bertegur. Sampai lah 1 hari tuu, tergerak hati nak tegur dia. Masa tuu tak ada feeling da kat dia. Ingatkan dia marah ke apa. Tapi alhamdulillah, dia pun okay. Sampai lah sekarang. Walaupun tak contact, tapi dia tetap kawan atul. Dia pun da ada makwe sekarang ni. Hai Megat ! Hehe.

Cerita kedua semasa di sekolah menengah. Atul minat kat mamat ni. Nama dia Fariq. Oppss. Hehe. Memang minat lah kat dia. Handsome kot. Comel. Dari form 1 sampai form 2 kawan je. Masuk form 3, kitaorang couple. Best lah. 1 kelas kot. Study sama sama, pergi sekolah sama sama. Sanggup datang rumah atul, then pergi sama sama. Rehat makan sama sama. Kiranya semua benda kita orang buat sama sama. Jangan fikir lain ye. Best lah masa couple dengan dia. Semua orang tahu kitaorang ni couple. Cikgu cikgu pun tahu. Cikgu okay je. Lagi pun tak ganggu pelajaran aku. Okay lah kan. Family dia da kenal aku, family aku pun da kenal dia. Masa aku couple dengan dia, ada budak lelaki kelas tuu, minat kat aku jugak. Dia tahu aku couple dengan fariq. Dia cakap dia undur diri. Anif anif. Kau da jadi kawan baik aku sekarang. Kelakar lah bila ingat balik. Bangga lah jugak couple dengan fariq ni. Pemain bola sepak masa kat sekolah kot. Hehe. Jodoh tak lama. Masa form 4, dia tukar sekolah. Dia jumpa perempuan lain dan mintak putus dengan aku. Aku pun terima je lah. Tak ada hak nak larang dia. Alhamdulillah dia da bahagia dengan makwe dia setelah aku lihat di facebook dia. Dia cinta pertama aku. Dulu benci lah jugak. Tapi sekarang tak. Kawan macam biasa. Tapi dia da sombong sekarang ni. Tak apa lah. Bila senang, lupakan kawan kawan. Bila susah, baru nak cari. Apa apa pun, aku doakan yang terbaik buat dia. Dan aku ?? Hanya menunggu jodoh yang terbaik buat aku. Biar lah ALLAH SWT yang menentukan segala-galanya.

Pesanan buat mereka yang bercinta ;

Masing masing punya hak untuk bercinta. Orang lain tak boleh nak halang. Tapi kita kena lah pandai nak jaga hubungan kita tuu dengan apa yang kita buat sekarang ni. Yang masih belajar, jangan abaikan pelajaran kerana cinta. Kerana pelajaran adalah segala-galanya. Kejar cita cita baru kejar cinta.

Itu sahaja. Terima kasih :)

21 comments:

  1. Awaakkk , tak sangka he was one of your love puppy . Good that awak okayh dengan dia :)

    ReplyDelete
  2. waaahh ..~ cian awk ..
    xpe2 kumbang bukan seekor.. ayam nie ade !! nk ?? hahaaa

    ReplyDelete
  3. @zacky ~786~ Yup, kumbang bukan seekor. Ayam ?? Boleh jugak. Saya suka ayam. Hehe.

    ReplyDelete
  4. perghh mention nama MEGAT dengan konfiden..hik2..

    ReplyDelete
  5. cintailah kerana allah bukan kerana nafsu..

    ReplyDelete
  6. oh! cinta pengawas eh!hehe :P disiplin2!

    arep singgah dari blog BA!
    hi!saya follow blog awk!singgah la ke teratak sy kalau free and follow me back k!ni arep tinggalkan link!

    http://myamigosspace.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. hai..
    salam perkenalan..
    kita sama2 dah join segmen abg ben.

    ReplyDelete
  8. hehhe bercinta memang camtu dik.. apapun kita kena jadi diri sendiri.. hehhe folo adik

    ReplyDelete
  9. @arep_lockermonth Thanks for coming. Saya memang disiplin. Hehe. Cinta ohh cinta !

    ReplyDelete
  10. @Matika Salam, hai. Will visit your blog later on. :)

    ReplyDelete
  11. @bun_nee Yup, adat bercinta lah katakan. Well, thanks :)

    ReplyDelete
  12. best2. xpe, nanti awak akan dapat yang lebih baik dari semua tu :)

    ReplyDelete
  13. YEAH! cinta monyet skola rndah! sgt kelakar~ hahah! lawak ingt bnde uh balik.. XD

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: