HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Monday, January 10, 2011

Cerita Semalam ~

Assalamualaikum. Apa khabar semua ??
Harap semuanya sihat lah.
Ohh, hari ni tersangat lah penat sebab ada kelas dari pukul 8 pagi sampai 4 petang tadi.
Nak release tension, s0, update lah blog ni.

Well, semua mesti tahu cerita hangat pada hari ni.
Kemenangan lagu Tolong Ingatkan Aku yang dinyanyikan oleh penyanyi Ana Raffali pada AJL 25 kali ni.
Sesuatu yang tak dijangkakan.
Sebab atul target lagu Drama King, oleh Meet Uncle Hussein dan Black yang menjadi juara.
Tapi dapat nombor 2 pun okay jugak lah.

Semalam pukul 9, kafeteria kolej Dato Onn ramai sangat sangat.
Yelah, semua student tak nak terlepas menonton AJL 25 ni. *awek Khairul Fahmi pun ada. :)
Aku pun tengok jugak. Lagi pun tak ada kerja lagi, so, boleh lah enjoy.
Semua persembahan aku tengok, kecuali persembahan kumpulan Hujan.

Sebab apa ?? Ini adalah kerana pihak kafeteria telah menutup TV setelah tamatnya persembahan Stacy.
Masa tuu memang geram sangat sangat. Lagi 1 persembahan je kot.
Apa salahnya tutup kafe lambat sikit semalam.
Bagi lah peluang kitaorang yang jarang tengok TV ni menikmati nikmat menonton AJL semalam.
Semua cakap, esok jangan beli makanan kat kafe, kita protes. HAHA.
Macam macam lah diaorang ni.

Lepas tuu balik bilik, call mama, cakap dengan mama nanti bagi tahu siapa menang.
Pukul 12 tuu, call mama lagi. Bagi tahu Ana Raffali menang.
Aku pun, hah, biar betul.
Actually, tak kisah lah siapa menang.
Rezeki masing masing. Da tertulis rezeki Ana Raffali malam tadi.
So, terima je lah.

Ni sampai ada buat page Kami Tak Setuju Ana Raffali Menang AJL 25 lah dan sebagainya.
Yang ni tak tahu lah nak cakap. Jealous sangat kot orang lain menang.
Kita kena gembira dengan kejayaan orang lain. Baru kita bahagia.
Ni bila tengok orang tuu menang, mula lah tak suka lah, apa lah.
Kita kena ingat, tak semua yang kita suka tuu akan menang. Bukan rezeki dia lah malam tuu.
Rezeki orang lain. Terima je lah. Setiap orang ada rezeki masing masing.
So, tak perlu risau. Okay ??

Banyak pulak atul cakap hari ni.
Well, lepaskan tension setelah belajar tadi. Hehe.
Kat atas tuu pandangan atul. Siapa yang tak suka tuu, tak kisah lah.
Masing masing ada pandangan sendiri.
Terpulang pada anda untuk menilai.

Tahniah pada semua pemenang AJL 25.
Kepada artis yang tak menang, cuba lagi.
Mana tahu rezeki anda pada tahun ni.
Hehe. Good Luck :)

4 comments:

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: