HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Friday, January 28, 2011

Da Selamat Sampai :)

Alhamdulillah, tepat jam 5 pagi tadi, atul da selamat sampai di Hentian Putra.
Semalam bas dari Machang tiba awal.
Ingatkan boleh lah gerak awalkan. Tapi lambat jugak.
Sebabnya ramai lagi penumpang yang tak sampai.

Atul dengan roomate atul naik bas Sani Ekspress 2 tingkat.
Macam biasa, pilihan kitaorang adalah di tingkat atas.
Masa naik bas semalam, pelik jugak tak ada orang.
Cuma ada geng kami seramai 7 orang je.
Tak lama tuu, ramai lah pulak yang naik bas Sani Ekspress ni.

Yang paling mengejutkan, kat tingkat atas semuanya adalah pelajar UiTM Machang.
Semuanya atul kenal pulak tuu. Ada senior dan juga budak budak junior.
Da rasa macam nak pergi rombongan ke mana lah pulak sebab semuanya student UiTM Machang.
Bas gerak dalm pukul 10.30 malam bila semua penumpang da naik.

Bila da naik bas, mula lah mata ni terpejam.
Tidur lah sepanjang perjalanan tuu.
Yang tak boleh tahannya, da lah sejuk, pening kepala.
Rasa nak muntah je. Tapi selamat tak muntah.
Dengan tak beli apa apa makanan, kelaparan lah atul sepanjang dalam bas tuu.

Tapi bas berhenti juga pukul 1 pagi.
Kalau ada yang nak membuang ke, apa ke.
Tuu lah masanya. Atul pun ambil kesempatan beli roti sebab da lapar sangat.
Tapi air tak beli. Bagus sangat lah.

Sampai kat Hentian Putra tak ramai pun student yang turun.
Sebab ramai yang akan turun di Shah Alam dan Klang.
Aku turun sorang sorang je lah. Ada jugak yang turun, tapi rasanya senior senior atul je kot.
Abah ambil dan sampai kat rumah pukul 5.30 pagi.
Balik balik, terus tidur.
Ngantuk sangat sangat. Pening kepala lagi.
Ni pun rasa nak tidur lagi, tapi tahan je.

So, cuti ni atul akan manfaatkan untuk menyiapkan semua kerja.
Manfaatkan masa untuk dihabiskan bersama family tercinta.
Da jumpa dengan fifi dengan haikal. Da peluk cium diaorang.
Happy sangat!

Kepada yang bercuti, Selamat Bercuti.
Manfaatkan cuti anda dengan aktiviti yang berfaedah.
Jaga diri :)

2 comments:

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: