HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Wednesday, January 19, 2011

Diam Itu Lebih Baik ~

Diam itu lebih baik.
Tajuk yang atul pilih pada hari ni.
Well, atul suka diam. Maksudnya kurang bercakap.
Dulu masa kat sekolah, mungkin atul ni jenis yang banyak cakap.
Kira dulu atul ni minah kepoh lah jugak. Hehe.

Tapi sekarang ni da kurang bercakap.
Bila dengan kawan kawan pun, atul kurang bercakap.
Bila diaorang tanya, baru lah atul jawab.
Atul lebih suka dengar kawan kawan atul yang bercakap.

Pelik jugak dengan atul ni.
Kadang kadang diaorang tanya jugak atul.
Kenapa atul diam je. Atul cakap, tak ada apa apa lah.
Lagi suka diam kot.
Kalau banyak cakap nanti, penat pulak.

Kalau ada benda tak penting, rasanya baik kita diam je.
Sebab kalau kita cakap benda yang salah, atau terguris hati orang lain, tak ke kita rasa bersalah ??
So, rasanya kurangkan bercakap lagi bagus kot.
Kalau nak bercakap pun, fikir dulu ayat yang nak kita ucapkan tuu.
Sebab, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata, buruk padahnya.

Nak bercakap banyak boleh, tapi biar lah apa yang kita ucapkan tuu membari manfaat pada kita dan juga orang lain.
Jangan sesekali bercakap perkara yang akan mengguris hati dan perasaan orang lain.
Nanti kita juga yang susah.
Betul tak ??

So, kurangkan bercakap. Berfikir sebelum bercakap.
Dan kadang kadang diam itu lebih baik. :)
Itu sahaja untuk hari ni.
Terima kasih semua ^_^

Quotes ; Better remain silent, better not even think, if you are not prepared to act.
Annie Besant.

Credit to ; Brainy Quote

6 comments:

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: