HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Wednesday, January 26, 2011

Lecturer Garang, Aku Tension!

Boleh tak kalau aku tak nak belajar subjek AIS 280 ??
Bagi yang tak tahu apa itu AIS 280, ia merujuk kepada Accounting Information System dan 280 tuu kod bagi subjek tuu lah.
Subjek ni perlu diambil oleh semua pelajar Diploma Perakaunan part 4.
Best lah belajar subjek ni sebab belajar guna komputer.
Kena belajar macam mana cara nak rekod transaksi jual beli dalam komputer dan sebagainya.

Yang membuat aku tension sampai malas nak belajar AIS ni adalah kerana lecturer yang mengajarnya.
Aku malas nak mention nama. Nanti tak pasal pasal lecturer tuu baca blog aku, aku kena saman.
Ingat ye, INI BUKAN ENTRI NAK MENGUMPAT PASAL LECTURER.
Ini adalah entri untuk melepaskan tension sebab belajar AIS.

Lecturer ni garang sangat sangat.
Garang tuu bagus, tapi jangan lah terlalu garang sebab kami student ni boleh jadi tension taw.
Benda yang kami belajar tuu adalah sesuatu yang baru.
Kalau kami tak faham, tolong lah tunjuk ajar pada kami.
Madam jugak suruh tanya madam kalau kami tak faham.
Tapi bila kami tanya, madam marah marah kami.
Cakap kami tak bagi tumpuan lah, tuu lah, ni lah dan sebagainya.

Madam, kami da bagi tumpuan 100% bila madam mengajar.
Betul madam. 100% tumpuan kami bagi kat madam sebab kami tak nak madam marah.
Kalau kami ada buat salah sikit tuu, tolong lah tunjuk ajar.
Jangan lah marah kami. Kami baru je nak belajar benda baru ni.

Kalau madam terus terusan macam ni, saya tak tahu lah macam mana kan.
Kami pun ada tahap kesabarannya jugak.
Mula mula ni memang kami sabar lah. Tapi kalau lama lama macam ni, tak tahu lah kan.
Kami tak lawan sebab kami hormat madam sebagai lecturer kami.
Tapi 1 je kami mintak. TOLONG lah jangan terlalu garang.
Kami takut madam, takut nak masuk kelas madam, takut nak tanya madam soalan.
Boleh jadi gila kalau macam ni madam.

Andai madam baca entri ni, saya mintak maaf lah.
Saya cuma nak luahkan perasaan tak puas hati saya ni je.
Madam ajar memang bagus. Saya faham sangat sangat.
Thanks sebab ajar kami.
Tapi kami takut dengan madam.
Saya mintak maaf ye madam.

Itu sahaja untuk entri kali ni.
Atul mintak maaf sangat sangat.


p/s ; Ini entri LUAHAN HATI, bukan entri MENGATA LECTURER SENDIRI!

6 comments:

  1. sabar ye atul..nnt sis gigit lecturer tu..sis tak pernah dpt yg garang2.mmg x syok la klu dpt yg camtu..huhu.

    ReplyDelete
  2. takot jugak dengan lecturer2 garang ni.. bukan takat takot nk msuk kelas je.. takot nk jawab exam pon ade gak.. sebab tak faham satu hape yang lecturer garang ajar. huhu..
    kalau nk mengajar sepatutnye, kena lebihkan suasana tenang, bukan tegang. betol x? hehe

    ReplyDelete
  3. @Lydia Miza(Aidyl Azim) Tgh sabar lah ni sis. Fikir nk study punya psl. Kalau tak, da lama da cabut. Sis, jgn gigit lecturer tuu. Nti dia gigit sis balik.

    ReplyDelete
  4. @nohfee Memang menakutkan. Lecturer ni ajar faham. Tp takut je ngn dia. Asyik nk mrh je. Betul tuu. Kan best kalau dia mengajar dlm suasana tenang, bukan tegang.

    ReplyDelete
  5. adeh, msti lect nie menjadi bualan hgt lam klas. haha! =PP
    pnah gak dpt lect yg angin 1bdn jer, tp nsib baik mrkh dia ok jerk.
    sbr lar er, try g slow talk ke. hehe

    ReplyDelete
  6. @FariehanIbrahim [LBC] Semestinya. Bualan hangat setiap hari. Tak berani lah nk slow talk. Takut!

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: